ReformIS

[ Contents | Post ]

Buat laporan polis!!

From:
Date: 22 Nov 1999
Time: 20:18:05

Comments

Buat laporan polis!!

Assalamualikum!

Sekarang terdapat banyak penipuan SPR tentang pengundi hantu yang terdapat didalam laman web saudara. Jadi cadangan saya adalah:-

1. Cetakkan dahulu senarai pendantaran dari laman web SPR di mana ini akan dijadikan bukti.

2. Kepada mereka yang berkenaan atau saudara mara yang mana kad pengenalan ibu, bapa atau saudara mereka yang telah meninggal dunia atau berganda, buatlah laporan polis bagi memastikan penipuan ini tidak dapat dilaksanakan dan kepilkan salinan cetakkan dari laman SPR itu sebagai bukti. Ini penting kerana jika betul maka keputusan pelihanraya mungkin tidak sah.INI MESTI DILAKUKAN WALAUPUN SAUDARA TIDAK MEMPUNYAI KEPERCAYAAN KEPADA PIHAK POLIS supaya ada rekod laporan telah dibuat.

3. Selepas membuat laporan polis ini buat satu salinan dan serahkan ke mana-mana Bilik Gerakan BA di mana nama pungundihanti / berganda itu berada agar dapat sukarelawan BA memerhatikan sama ada "hantu" atau "klon" (bagi kad pengenalan berganda) ini tidak dapat mengundi.

4. Fakskan atau hantarkan juga kepada HARAKAH agar dapat didedahkan.

5. Berhubung dengan peguam bagi BA (sila tanya kepada Ketua cawanga Parti komponen BA ditempat anda) untuk mendapatkan nasihat perundangan mengenai perkara ini dan tindakan seterusnya dibawah undang-undang.

Nasihat saya kepada semua yang terlibat jangan memperlecehkan tentang perkara ini kerana jika 5 tahun dibawah BN laknat ini kita akan sengsara dan OPS lalang II mungkin kembali.

Kepada webmaster sila war-warkan tentang cadangan ini dan cari idea kolektif dari pengunjung agar kita dapat bersamam-sama menyelesaikan masalah ini dan juga menumbangkan BN once and for all.

Sekian Wasalam.

Hancurkan BN

Last changed: November 22, 1999