ReformIS

[ Contents | Post ]

ANGGAPAN CALON IMPORT TIDAK HARUS TIMBUL, KATA CALON PAS

From:
Date: 22 Nov 1999
Time: 20:12:12

Comments

ANGGAPAN CALON IMPORT TIDAK HARUS TIMBUL, KATA CALON PAS

MELAKA, 23 Nov (Bernama) -- Calon Pas bagi kawasan Parlimen Jasin, Mujahid Yusof, 35, berkata anggapan sesetengah kalangan terhadap beliau sebagai "calon import" seharusnaya tidak menjadi persoalan.

Ini kerana perjuangan PAS melewati batas sempadan atau semangat kenegerian, kata Mujahid, anak kepada Datuk Yusof Rawa, bekas Presiden dan Mursyidul Am PAS, yang berasal dari Pulau Pinang.

Mujahid, yang kini menjalankan perniagaan sendiri setelah melepaskan jawatan pensyarah di Universiti Telekom Malaysia, Bukit Beruang di sini tahun ini, akan menentang Ketua Menteri Datuk Seri Abu Zahar Isnin.

Bersandarkan rekod pilihan raya, kawasan itu ialah kubu kuat BN.

Bagaimanapun Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri menaruh keyakinan kerana pada pendapatnya pilihan raya pada kali ini berbeza dengan yang lepas-lepas.

Beliau juga mendakwa kawasan parlimen Jasin sekarang merupakan sebuah kubu kuat bagi PAS. Selain kerusi Parlimen, tiga daripada lima kerusi negeri di kawasan itu turut ditandingi wakil PAS.

Bilangan pengundi bagi kawasan itu sekarang ialah 48,769 dengan pecahan 67.9 peratus pengundi Melayu, 22.7 peratus Cina dan 10.6 peratus pengundiIndia.

-- BERNAMA

Last changed: November 22, 1999