ReformIS

[ Contents | Post ]

ANWAR HADIR PENGKEBUMIAN ABANGNYA

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:18:37

Comments

ANWAR HADIR PENGKEBUMIAN ABANGNYA

Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengebumian abangnya, Mohamed Rani di tanah perkuburan orang Islam di Bukit Kiara hari ini. Mohamed Rani, 62, meninggal dunia malam tadi di kediamannya di Jalan 12/4 Subang Jaya kerana menghidapi kanser paru-paru.

PETALING JAYA, 21 Nov (Bernama) -- Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara, menghadiri pengkebumian abangnya, Mohd Rani yang meninggal dunia semalam, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini hari ini.

Anwar tiba di tanah perkuburan itu pada 11.15 pagi diiringi beberapa pegawai penjara dan polis.

Mohd Rani, 62, meninggal dunia di rumahnya di Subang Jaya di sini akibat kanser paru-paru.

Anwar memakai baju melayu putih, berseluar gelap dan bersongkok.

Turut berada di situ ialah ibubapanya Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Datin Hajah Che Yan Abdul Hamid, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail serta anggota keluarga.

Adiknya, Rosli berkata keluarga mereka telah dimaklumkan kira-kira pukul 10 pagi oleh Jabatan Penjara yang membenarkan Anwar menziarahi jenazah abang sulungnya itu.

-- BERNAMA

Last changed: November 21, 1999