ReformIS

[ Contents | Post ]

BA Telah Memenangi Pusingan Pertama

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:03:37

Comments

BA Telah Memenangi Pusingan Pertama

Jika dilihat dari perkembangan di hari penamaan calon 20.11.1999, saya telah menganggap BA telah memenangi pusingan pertama di dalam pilihanraya kali ini. Ini kerana jika dilihat dari perkembangan terbaru di hari pencalonan, sokongan rakyat pada BA begitu hebat sekali.

Pada hari penamaan calon 20.11.1999 saya berkesempatan mengikuti sama rombongan penamaan calon Dr. Chandra Muzaffar di Bandar Tun Razak wakil dari Barisan Alternatif. Saya tidak menyangka penyokong BA lebih hebat dari Buaya Naga (BN).

Ketika saya sampai di tempat lokasi dimana penyokong-penyokong BA berkumpul, penyokong-penyokong BA hanya setakat ratusan orang sahaja. Pada mulanya saya merasa hampa juga melihat penyokong BA tidak begitu ramai. Tetapi beberapa minit kemudian, sedikit demi sedikit penyokong BA semakin ramai dan hampir mencecah 7,000 hingga 10,000 orang.

Perarakan kami bermula lebih kurang jam 10.30 pagi yang jaraknya lebih kurang satu kilometer. Disepanjang perarakan kami diberi sokongan oleh pemandu-pemandu kenderaan yang tidak putus-putus membunyikan hon kenderaan mereka.

Penyokong-penyokong BA telah sampai dahulu di tempat penamaan calon kemudian diikuti dengan penyokong-penyokong Buaya Naga (BN) yang hanya sekitar lebih kurang 2,000 hingga 3,000 orang sahaja. Kebanyakan mereka adalah terdiri dari kaum cina yang berumur dalam belasan tahun yang memakai baju-T putih gambar MAHAFIRAUN. Apa yang memalukan bagi UMNO, hanya beberapa orang sahaja orang Melayu yang menyertai rombongan Buaya Naga (BN). Kelihatan hanya lebih kurang 10 orang sahaja wanita Melayu yang bertudung dan berkain merah. Orang-orang tua Melayu yang berkopiah hanya lima atau enam orang sahaja.

Apabila penyokong-penyokong Buaya Naga (BN) sampai di lokasi yang dikhaskan bersebelahan dengan kami, pukulan kompang serta laungan Allahuakbar dan Reformasi bergema. Kebanyakan penyokong Buaya Naga (BN) terpegun. Kelihatan Gerak gempur UMNO yang hanya lebih kurang 10 orang sahaja pucat lesi kelihatannya. Orang-orang tua Melayu mula mengundur diri hanya duduk di belakang barisan sahaja.

Lebih kurang jam 11.30 sedikit demi sedikit penyokong Buaya Naga (BN) meninggalkan barisan mereka yang tinggal hanya lebih kurang separuh sahaja. Teriakan penyokong-penyokong BA semakin bergema dan tidak seorang pun berganjak dari barisan mereka. Malah penyokong-penyokong BA semakin bertambah ramai.

Lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila Dr.Chandra Muzaffar keluar dari dewan, laungan Allahuakbar dan reformasi berserta dengan selawat nabi semakin bergema. Selepas Dr.Chandra Muzaffar memberi sedikit ceramah selama lebih kurang 15 minit kami berarak sekali lagi mengiringi Dr.Chandra Muzaffar balik ke tempat kami berkumpul. Sepanjang perarakan pulang dari penamaan calon, kami sekali lagi diberi sokongan pemandu-pemandu kenderaan yang tidak henti-henti membunyikan hon kenderaan mereka untuk memberi sokongan moral kepada kami.

Saya juga mendapat berita dari kawan-kawan di lain-lain tempat penamaan calon, kehebatan-kehebatan penyokong BA tidak dapat ditandingi oleh penyokong-penyokong Buaya Naga (BN), ada yang mencecah berpuluh-puluh ribu orang. Pendek kata peyertaan saya di hari penamaan calon pada hari itu tidak sia-sia. Malah saya semakin bersemangat untuk menentang kezaliman.

Dari peristiwa-peristiwa ini, saya mengambil kesimpulan bahawa kita telah mencapai kemenangan di dalam pusingan pertama. Kemenangan ini tidak ditunjuk oleh media-media utama juga media elektronik yang dikuasai oleh MAHAFIRAUN. Mereka tidak menunujuk sedikit pun kehebatan penyokong BA di hari penamaan calon.

Jika dilihat dari perkembangan ini, insa'Allah BA akan dapat memerintah negara kali ini jika tidak ditipu oleh MAHAFIRAUN. Oleh itu sama-samalah kita bertekad untuk berjuang bagi memenangi pusingan kali kedua dan terakhir ini. Walaupun pelbagai godaan dan halangan yang akan mendatang menghadapi kita nanti, kita tetap berjuang sehingga mencapai kemenangan. Insa'Allah.

AllahuAkbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Salam Reformasi

Dari Jebat Siber

Last changed: November 21, 1999