ReformIS

[ Contents | Post ]

Penamaan Calon Di Kedah Meriah

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 22:00:38

Comments

Penamaan Calon Di Kedah Meriah

Assalamualaikum semua para Reformis dan penyokong BA.

Agak lama juga saya tak turut serta menulis dalam laman-laman Reformasi. Sekarang ni para Reformis dan penyokong BA makin sibuk menjelang pilihanraya. Semalam (20/11/99) hari penamaan calon, saya dan rakan-rakan sempat menyertai perarakan dan mengikuti perkembangan di beberapa tempat berasingan di Kedah.

Jika kita lihat berita di TV, hanya perarakan BN yang ditunjukkan itupun 'close-up'!! Mengapa mereka ni tak berani nak tunjuk perarakan BA? Sebabnya perarakan BA jauh lebih besar, meriah dan bersemangat dengan rakyat berbagai lapisan turut serta.

Di Kulim, beribu-ribu penyokong Pas, KeAdilan dan DAP berarak dan berkumpul di depan pejabat daerah. Sambil melaungkan takbir dan REFORMASI tidak henti-henti, para penyokong mengibarkan bendera Pas, KeAdilan dan DAP. Ada anggota polis siap lambai tangan tanda sokongan. Kalau dibuat demonstrasi aman di Kulim ni agaknya ramai para Reformis turut serta. Kelihatan jelas semangat muafakat yang jitu dalam BA. Penyokong BN yang lebih ramai anggota MIC hanya sekitar 100 orang.

Kesian kami tengok, kebanyakannya, terutama orang Melayu melopong kehairanan dan terkejut. Ini cerita benar!!! Benar sebenar-benarnya!! Tiada yang lain melainkan yang benar-benar belaka!! Syok jugek!! Agaknya selama ini mereka ditipu oleh pemimpin Umno/BN yang BA tidak ramai penyokong atau agaknya mereka tak pernah hadir ke ceramah BA tetapi hanya percaya dengan berita Utusan Meloya yang menafikan kehadiran rakyat yang ramai. Tapi kesian bila pemuda-pemuda MIC yang bawak bendera BN kena boo....kecut teloq!! harap-harap tak berlaku lagilah. Sayangnya saya tak bawa kamera waktu tu, harap sesiapa yang sempat merakamkan peristiwa tu bolehlah buat 'posting'. Saya cadangkan webmasters siar gambar-gambar sambutan hangat untuk BA diserata negara.

Pertarungan di Kulim/Bandar baru dan Padang Serai Pasti sengit!!. Nampaknya saudara Saifudin Nasution (KeAdilan) bertanding untuk Parlimen Padang Serai, Tuan Sheikh Azmi (KeAdilan) akan menentang Kadir Sheikh Fadzir di Parlimen Kulim/Bandar Baru. Maaflah Kadiaq, aku, mak aku, kak-kak aku, abang, adik-adik, keluarga dan suku-sakat aku tak pangkah hang kali ni!!! (orang tak lupa lagi pasai mahligai hang tu!!) Sepupu aku pun dah tak dapat jadi calon kali ni, baru dia sedaq sikit, dok bodek pun tak guna!! Dengaq kata dia pun tak mau pangkah hang dah, kecewa kot?? Cuba hang pi tanya dia.

Yong Pau Chak (MCA) dah pasti tak senang duduk sebab terpaksa lawan ustaz aku kat sekolah dulu Ustaz Azizi Hj. Abdullah dari Pas. (syabas ustaz!!). Orang Kulim bukan tak kenal siapa Ustaz Azizi, terutama orang-orang muda yang pernah belajar agama dari beliau, ustaz hensem ni seorang yang berani menyatakan pendirian dan kebenaran, juga sasterawan terbilang. Kalau hangpa pangkah BN jugak, memang sia-sia jadi manusia!! Yong Pau Chak (MCA) buat apa kat Kulim selama ni, muka pun tak nampak? Abuk pun tarak!! Joe Fernandez (MIC) di Lunas, khabarnya antara dalang yang buatkan ramai pelajar-pelajar Melayu murtad di Kulim, ini maklumat dari orang-orang UMNO sendiri, wallahualam, kita tak pasti!!

Di Sungai Petani keadaannya juga sama, ramai penyokong Pas dan KeAdilan nak dibandingkan dengan BN. Perang poster dan bendera di tengah-tengah bandar Sungai Petani sendiri dikuasai oleh BA. InsyaAllah Sungai Petani akan jatuh ke tangan BA. Penyokong BN agaknya kurang bersemangat nak menghantar calon mereka atau mereka dah tak ada penyokong??

Di Kuala Kedah tak payah cerita. Memang PAS seluruhnya!! BN senak tak boleh bernafas!! Orang-orang Umno Kuala Kedah terkejut beruk bila anak jatinya Tn. Hj. Amiruddin Hamzah (Pas) jadi calon Parlimen Langkawi!! Syabas Tuan. Hj.!! Maaf!! Sewaktu saya dengar Sar-Nor-See arah 'tindas' Tn. Hj. dalam DR dulu kerana kununnya aktif berpolitik, saya tak sempat nak contact Tuan Hj. , waktu tu baru balik dari KL.

Di Alor Setar depan Balai Nobat dan Wisma Negeri, kurang 200 orang penyokong BN nak dibandingkan dengan beribu-ribu penyokong BA dengan kibaran bendera-bendera Pas dan KeAdilan yang meriah. TV gerenti tak berani tunjuk, takut-takut rakyat Malaysia yang totok Umno melopong pulak!!. Perang poster dan bendera kat bandar Alor Setar, memang hebat lagi Pas dan KeAdilan. Cuba tengok bendera-bendera Pas kat stesyen bas baru Shahab Perdana....payah nak jumpa bendera BN. (lepas ni geng BN kelam kap alip but pasang kot!!)

Di Kubang PASu juga meriah, penyokong BA ramai tapi penyokong BN lagi ramai (kita repot yang betul, kalau BN ramai nak buat cUmno!!). Khabarnya kat pekan Jitra tu boleh kata separuhnya saudara mara dan sukut sakat Tok Man Raup dan konco-konco Maha-dead. Semuanya totok Umno (terutama makcik-makcik), tapi di kampung-kampung lebih ramai yang sokong BA cuma takut kat Maha-dead. Apa yang Maha-dead gila tu dah psycho orang Kubang Pasu pun tak taulah?? Sedarlah sikit orang Kubang Pasu oiii.....insaflah, bertaubatlah makcik-makcik oii...!!! Takkan kerana dah 'dibeli' sekupang dua.....nak sokong Maha-dead kot?? Murah sangatkah harga makcik-makcik ooii!! Mahai lagi ikan temenung kat 'merket'!!(market)

Kalau ikut perang poster dan bendera kat pekan Jitra memangla boleh kat BN, tapi kalau masuk serata kampung, gerenti Pas dan KeAdilan!! Nampaknya Tn Hj. Subky Latif (Pas) kenalah bekerja keras kat Kubang Pasu ni sampai 'last minute', para penyokong jangan putus asa, teruskan usaha kita, InsyaAllah. Kita harap BA berilah tumpuan kat Kubang Pasu ni, yang muda-muda kita tak heranle... memang BA, yang 'dah veteran' dan berkarat hijau Umno ni patut kita ubah pemikiran mereka. Untuk rakan-rakan Reformis di Kubang Pasu, terus edarkan maklumat-maklumat yang dicetak dan risalah-risalah BA.

Syabas juga kita ucapkan kepada calon-calon BA semua...kalau ditakdirkan tak menang pun tak apa. Tapi..... LAWAN TETAP LAWAN!! Perjuangan mesti diteruskan!!

Selamat berjuang dan selamat berjaya!! Jumpa lagi.....

Wassalam.

REFORMASI!! REFORMASI!! REFORMASI!!

ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!! ALLAHU AKBAR!!

Tapai

Last changed: November 21, 1999