ReformIS

[ Contents | Post ]

Ezam Selamat Dicalonkan Ahli Parlimen Shah Alam

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 21:48:12

Comments

Ezam Selamat Dicalonkan Ahli Parlimen Shah Alam

Pada pagi semalam, Sabtu 19 November 1999, Ketua Pemuda KeADILan dan para penyokong keadilan telah berkumpul di pejabat pencalonan Shah Alam di Seksyen 19, Shah Alam.

Ezam kelihatan tenang dengan berbaju Melayu warna biru. Beliau yang diiringi seramai 2000 penyokongnya kemudian berarak ke pusat pencalonan untuk menyerahkan kertas-kertas pencalonan.

Para penyokong yang hadir bersama untuk mengarak Ezam cukup bersemangat dan tidak berhenti-henti menyanyi lagu-lagu patriotik sambil bertakbir. Semuanya berganding bahu memberi sokongan moral kepada Ezam.

Berbanding dengan calon BN Selangor untuk kerusi parlimen, Shah Alam, Mohamad Mat Zin yang hanya hadir dengan kira-kira 200 orang penyokong, kebanyakannya ahli MCA Selangor.

Para penyokong Ezam terdiri daripada semua lapisan masyarakat - Melayu, Cina, India, tua dan muda, semuanya hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Ezam.

Kalau inilah sokongan yang ditunjukkan oleh penduduk Shah Alam, insya-Allah, tidak ada masalah untuk Ezam menewaskan BN dan memenangi kerusi Shah Alam untuk Barisan Alternatif. Hidup Barisan Alternatif!

Last changed: November 21, 1999