ReformIS

[ Contents | Post ]

Perantauanku malam ini sekitar KL

From:
Date: 21 Nov 1999
Time: 11:30:24

Comments

Perantauanku malam ini sekitar KL Assalamu'alaikum,

Malam ini, ambo telah merantau ke hampir seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan seperti Gombak, Kampung Pandan, Kampung Baru, Selayang Baru, LRT Jalan Jelatek, Keramat dan sebagainya sambil mengibarkan bendera PAS dan keADILan yang bersaiz XL. Maka terlihatlah ambo akan persediaan kaum kerabat semua dalam menghadapi pilihanraya. Memang mengancam, tapi hari penamaan calon besok pastilah lebih mengancam lagi.

Cuma satu yang ambo perhatikan, mengapa bilik gerakan BN begitu lembab, mati dan tidak bernyawa sekali? Walau di mana pun ambo pergi, memang diakui bahawa BG mereka begitu penuh dengan bendera dan poster, BA hampir tewas jugalah dari sudut ini, tetapi di mana perginya manusianya? Apa yang Dahlia sebutkan tentang suasana di Kampung Baru, yang BGnya begitu mengancam sekali dari sudut bendera tetapi penunggunya hanya seorang sahaja tercongok sambil menantikan pelanggan, adalah benar sekali. Ambo dapat merasakan betapa sipenunggu tersebut terpaksa menahan rasa sadis akibat daripada ditinggalkan seorang diri oleh teman-temannya yang lain, kalau adalah.

Tetapi suasana di Pusat Pengiraan Undi di Stesen LRT Jalan Jelatek memang ada fight. Di situ dapat disaksikan kegiatan menggantung poster yang hebat, tentulah oleh PAS/BA, dengan segelintir penggerak BN yang dibawa dengan lori kecil sambil meneriakkan "Hidup Barisan!" ke arah kereta ambo yang berbenderakan BA itu. Ambo pun parking kereta di sebelah stesen tersebut dengan mengibarkan bendera PAS/keADILan di pintu kereta sambil melihatkan gelagat manusia di sekeliling yang begitu bersemangat sekali. Teman ambo pula pergi membantu sedikit-sebanyak akan kegiatan menggantung poster PAS itu, walaupun sebenarnya tenaga PAS memang lebih daripada cukup pada malam ini . Tetapi yang bestnya, banyak kenderaan yang lalu-lalang di situ membunyikan hon dan mengangkat tangan memberikan semangat kepada kami, pejuang BA penegak kebenaran, insyallah.

Lebih kurang pukul 2.00 am, kami pun pulang ke rumah untuk menyediakan diri bagi hari besok, hari penamaan dan perarakan calon. Oh ya, jangan lupa, ada ceramah Ustaz Ismail Kamus di Batu 8 Jalan Gombak pada malam esok 20/11/99. Datanglah beramai-ramai tetapi kali ini, pastikan saudara semua mengibarkan bendera BA di sepanjang jalan itu. Insyallah, saudara sendiri akan dapat merasakan semangat juang yang masuk meresap ke dalam sanubari setiap kali kereta saudara semua disambut dengan hon dan laungan pemberi semangat daripada kenderaan lainnya. Semuga pengalaman ini akan menjadi kenangan manis bagi kita semua satu hari nanti, insyallah.

Jangan tanya kita akan menang atau kalah. Tetapi tanyakanlah, apakah yang telah kita sumbangkan untuk perjuangan ini!

Salam,

HC

honciv@yahoo.com

Last changed: November 21, 1999