ReformIS

[ Contents | Post ]

DAP NAMAKAN 16 CALON DAN PRM EMPAT CALON DI JOHOR

From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 10:56:29

Comments

DAP NAMAKAN 16 CALON DAN PRM EMPAT CALON DI JOHOR

JOHOR BAHARU, 19 Nov (Bernama) -- DAP menamakan enam calon untuk bertanding kawasan parlimen dan 10 calon untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada pilihan raya umum kali ini.

Daripada enam calon kerusi parlimen itu, dua daripadanya ialah wanita iaitu ahli perniagaan Tee Gey Yan (Segamat) dan Chew Peck Choo (Kluang), menurut senarai nama calon yang dikeluarkan oleh pejabat DAP negeri hari ini.

Empat lagi ialah Ahmad Ton (Labis), peguam Lim Sey Wee (Bakri), Tan Han Meng (Senai) dan peguam Norman Joseph Fernandez (Gelang Patah).

Sepuluh orang yang dinamakan untuk bertanding kerusi DUN ialah Wong Peng Sheng (Jementah), Tee Kok Seng (Tangkak), John Ong (Bekok), Chai Ah Kaw (Paloh), Teo Chue Koon (Mengkibol), Pang Hok Liong (Maharani), Gan Peck Cheng (Penggaram), Wong Kok Fong (Kulai), Tey Tian Foo (Stulang) dan Dr Boo Cheng Hau (Skudai).

Peng Sheng dan Pang pernah menjadi wakil rakyat selepas menang pada pilihan raya umum 1990. Ketika itu, Pang, yang juga Pengerusi DAP Johor, ialah anggota DUN Bekok manakala Peng Sheng anggota DUN Jementah.

Sementara itu, Parti Rakyat Malaysia (PRM) menamakan empat calon untuk dua kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN.

Pengerusi PRM Johor Abdul Razak Ahmad berkata beliau sendiri akan bertanding di kerusi parlimen Johor Baharu dan DUN Tanjung Puteri.

Hassan Abdul Karim pula bertanding di parlimen Tebrau manakala S.K.Song di DUN Tambatan dan Mohd Salleh di DUN Tiram.

-- BERNAMA

Last changed: November 19, 1999