ReformIS

[ Contents | Post ]

BARISAN PEMBANGKANG PULAU PINANG TIADA MASALAH PEMBAHAGIAN KERUSI

From:
Date: 19 Nov 1999
Time: 10:41:03

Comments

BARISAN PEMBANGKANG PULAU PINANG TIADA MASALAH PEMBAHAGIAN KERUSI

PULAU PINANG, 19 Nov (Bernama) -- PAS yakin bahawa barisan pembangkang di negeri ini tidak mempunyai masalah berhubung degan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum 29 Nov ini.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ishak Ismail berkata, pakatan itu yang terdiri daripada PAS. DAP, KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telahpun bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini.

Pulau Pinang mempunyai 33 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 11 kerusi Parlimen dengan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri diwakili UMNO, 10 (Gerakan), sembilan (MCA) dan masing-masing sebuah (MIC dan DAP).

Bagi kerusi Parlimen, empat kerusi diwakili UMNO, dua (Gerakan), dua (MCA) dan tiga (DAP).

Ketika mengulas mengenai calon-calon PAS yang akan bertanding kali ini, beliau berkata, barisan calon PAS negeri yang akan diumumkan malam ini terdiri daripada golongan profesional dan ulama.

Katanya, PAS negeri telah menyatur segala rancangannya dengan teliti bagi menghadapi pilihan raya. -- BERNAMA

Last changed: November 19, 1999