ReformIS

[ Contents | Post ]

19 November - Detik Hitam dan Detik Gembira

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:51:01

Comments

19 November - Detik Hitam dan Detik Gembira

Dalam abad ini, munculnya dua kali detik 19 November yang bersejarah. Pada 1980, lahirlah Puteri Reformasi yang bernama Nurul Izzah Anwar, yang kini begitu hebat memberikan semangat dan aspirasi kepada rakyat betapa peri-pentingnya perjuangan menegakkan keadilan di negara ini.

Namun, pada tahun 1985, ianya membawa detik yang begitu hitam kepada negara ini. 'Ops Angkara' dilancarkan oleh Mahathir Mohamad dengan zalim dan kejamnya melalui timbalannya setelah dia berlepas ke China.

Ianya lebih dikenali sebagai 'Tragedi Memali'. PAS, ketika itu, dengan kekurangan yang ada, berjuang dengan penuh kekentalan untuk membela syuhada yang tidak berdosa itu.

Media terus-menerus menghentam PAS dan para syuhada tanpa mereka dapat mempertahankan diri mereka. Apakah bahayanya Asy-Syahid Ibrahim Libya kepada negara? Beliau hanyalah mengajar fardhu Ain di Madrasah tetapi pengaruh dan semangat perjuangan beliau begitu ditakuti oleh Mahafiraun!

Sememangnya Mahathir ingin beliau menemui ajal. Polis yang 'kunun'nya cedera dibawa ke hospital secara terus namun para syuhada yang memang cedera parah kerana ditembak dengan jarak dekat dibiarkan bergelimpangan.

Jawablah dengan Allah di akhirat nanti!

Sekalung Fatihah Buat Para Syuhada Memali. Semoga DAMAI di Sana..

Ayuh, tumbangkan BarisanNasional yang merupakan pembunuh kejam!

Marjaanul Abyadh

Last changed: November 18, 1999