ReformIS

[ Contents | Post ]

DILEMMA SEORANG DIKTATOR TUA

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:34:45

Comments

DILEMMA SEORANG DIKTATOR TUA

Tentu ramai sudah sedar kini betapa liciknya MAHAFIRAUN mengaturkan strategi pengisytiharaan pilihanraya umum (pemilu) ke-10, tidak kiralah samada dia taksub kepada pengaruh angka DUA seperti yang dinasihatkan oleh pakar teleknya. Sebelum itu kita kerap terdengar betapa beliau mahu mencatatkan sejarah sebagai seorang pemimpin yang berkhidmat dalam dua alaf. Kerana itu ramai tidak menyangkakan pengisytiharan tarikh pemilu itu. Itu sebabnya Barisan Nasional pun belum bersedia dengan Manifesto dan segala kelengkapan persiapan yang secukupnya.

Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa Menteri Besar dan juga beberapa pemimpin politik yang lain, MAHAFIRAUN telah mengambil satu keputusan yang nekad untuk membubarkan parlimen juga. Keputusan yang berani ini boleh dikaji dari bebrapa sudut seperti ini;

a) Faktor ANWAR

MAHAFIRAUN tidak mengaku akan faktor ini. Tetapi, panggilan sapina yang cuba dielakkannya merupakan kunci utamanya. Tambahan pula semakin banyaknya pendedahan yang dilakukan oleh Ezam dan juga Anwar sendiri akan salah-laku para menteri kabinet malahan juga terhadap MAHAFIRAN dan anak-anaknya..

b) Musuh Dalam Selimut

MAHAFIRAUN sudah keliru siapakah musuhnya yang sebenar dalam parti. Dia kini berhadapan dengan satu situasi yang sungguh menggerunkan kerna semua perancanaanya tidak menjadi. Pada satu ketika dulu, dia merancang untuk menghancurkan kredibiliti Anwar dengan segala bentuk fitnah dan tohmahan. Kerana itu dia sanggup bermuafakat dengan seorang bekas wartawan yang lebih cekap bertukar jenis minuman keras daripada bertukar pengetahuan dan fikiran yang waras. Dia sanggup bersekongkol dengan seorang wanita yang giankan glamour dan hidup berfantasi daripada kerjaya melalui usaha dan kerjaya-diri. Lantas dia membiarkan dirinya diperalatkan oleh beberapa individu yang sungguh rakus, korup dan berbahaya sehinggakan maruah bangsa Melayu kini menjadi bahan ejekan seluruh dunia. Apabila seorang pemimpin besar sanggup merendahkan dirinya cara bersekongkol dengan insan-insan yang rendah akhlak, hasil kerja pun menjadi satu projek yang dirasuk syaitan juga.

c) Ketaksuban untuk terus Berkuasa

Sifat hodoh ini telah menghantuinya sejak MAHAFIRAUN berjaya merangkul kemenangan 2/3 majoriti di pemilu yang lalu. Sejak itu dan dengan segala kuasa yang ada di tangannya beliau telah merencana segala muslihat untuk membalun khazanah negara dan mempergunakan segala kepakaran para juak dan para kelentong di sekeliling pinggangnya melancarkan projek mega untuk tujuan memperkayakan ego. Hari demi hari, segala projek mega mula berdiri dan tumbuh dari bumi Malaysia yang bertuah ini. Rakyat marhain yang tidak pernah didedahkan kepada segala bentuk kemewahan menjadi terpegun dan terpukau.

Semakin kuat pukauan yang membaluti pemikiran rakyat marhain negara ini, semakin galak MAHAFIRAUN melancarkan kempen menaikkan motivasi rakyat. Pelbagai slogan dicipta dan pelbagai program rakyat direncana begitu rapi, lengkap dengan pelancaran yang mengkagumkan untuk terus memukau rakyat yang sememangnya dahagakan kemajuan negara dan bangsanya. Program yang berteraskan 'Malaysia Boleh' merupakan satu program yang telah berjaya memukau sebahagian besar pemikiran rakyat sehinggakan rakyat sendiri tidak berupaya mempersoalkan betapa membazirnya kebanyakan program itu. Sememangnya, kebanyakan program itu bertujuan untuk membiarkan para kroni menjadi kaya raya dengan sekelip mata.

Lihat, apa yang jadi kepada Program Rakan Muda di mana kos pegiklanan dan promosi sahaja mencecah lebih dari 50 juta? Ternyata, Rakan Muda adalah satu program yang lebih condong mengajar anak-anak muda berpesta. Betapa pula dengan segala projek Malaysia Boleh yang lain? Apakah yang kita dapat dengan penerjunan rakyat Malaysia di Khutub Utara? Melonjak naikkah penjualan Proton Wira di Eropah dengan segala usaha menurunkan kereta itu di sana? Bertambahkah bilangan pelancung luar ke Malaysia disebabkan kejayaan penerjunan itu?

Apa sudah jadi selepas Dato Azhar pulang daripada mengelilingi dunia? Bandingkan dengan usaha negara lain yang mempunyai rakyatnya mengelilingi dunia Samada berjaya ataupun tidak, sesuatu program itu diikuti dengan pesanan yang tinggi terhadap bot yang digunakan dan segala kelengkapan yang dipakai dalam sesuatu pelayaran itu. Apakah bot yang Azhar pakai itu buatan tulin syarikat Kuala Perlis. Apakah tiang layar itu buatan Langkawi dan ciptaaannya hasil lakaran komputer bikinan MSC?

Kita telah berjaya menghantar satu missi ke puncak Everest. Di waktu yang sama setiap tahun ada sekurang-kurangnya tujuh tim ataupun pasukan dari negara Jepun. Tim Jepun itu berusaha mendaki dari semua penjuru gunung dengan rangkaian lapuran yang dibuat hampir setiap hari ke negara mereka. Apa hasilnya? Hampir semua kelengkapan yang digunakan adalah bikinan Jepun dan pendakian itu menaikkan nilai kommersial barangan mereka. Lapuran yang dibuat menggunakan kamera Jepun, alat kommunikasi adalah buatan Jepun. Serba serbi bikinan Jepun. Apakah barang buatan Malaysia yang telah menonjol hasil daripada pendakian pasukan kita ke Everest? Yang kita pasti ialah slogan Malaysia Boleh, itu sahaja.

e) 'Malaysia Boleh' yang Mengelirukan

Disebabkan slogan makanya kita sekarang menjadi sebuah negara yang dulunya dianggap sebagai harimau tetapi kini sudah menjadi tikus yang bila-bila masa takutkan kucing.

Memang kita akui MAHAFIRAUN telah menonjolkan Malaysia menjadi seekor harimau yang disegani di dunia pada satu ketika. Tetapi, kini kita sudah kehilangan status itu kerana segala kemajuan yagn dilaksanakan adalah berasaskan perencanaan yang rapuh dan penuh kepalsuan.

Ketika Tunku Abdul Rahman memerintah, rakyat bersedia bekerjasama untuk bekerja keras dan sanggup berkorban jiwa untuk memerangi ancaman komunis di hutan belentara. Apabila Tun Razak mengambil alih segala perencanaan membuka belentara diteruskan dengan lebih giat lagi sehinggakan para perajurit yang dulunya memegang senjata bertukar sikap untuk memilih cangkul dan tajak sebagai alat pengganti dan menjadi para peneroka dan petani.

Sambil para wira membuka belantara anak-anak kecil yang turut sengsara dilatih untuk terus gigih mengharungi hidup di desa. Kini, anak-anak para penerokalah yang banyak mewarnai bidang professional di kotaraya.

Apabila MAHAFIRAUN mula berkuasa apakah yang dilaksanakannya? Asas pembikinan ekonomi negara yang semakin kukuh ketika itu telah diubahsuai untuk membawakan wajah baru. Tanpa mengikut rentak peralihan mengikut hukum-hukum pengurusan yang teruji, beliau telah menjerumuskan negara ini ke kancah kemajuan secara total dan secara ekspres. Lantas, bermulalah segala program mencipta nama di mata dunia kerana MAHAFIRAUN mahu digelar sebagai wira terunggul dunia Ketiga.

Industri pertanian yang merupakan tulang belakang ekonomi negara dicabut dari akar umbinya dan perhatian besar dialihkan kepada industri berat tanpa memikirkan bahawa industri berat itu perlu didahului dengan pencapaian yang baik dalam industri kecil dan sederhana. Kerakusan MAHAFIRAUN menjerumuskan negara kepada industri berat itu adalah laksana membeli pesawat jet yang canggih tanpa menyediakan juruterbangnya dulu.

Lihat, dan catatkan semua industri berat yang dikelolakan oleh MAHAFIRAUN yang sudah pun berjaya dan memberikan pulangan kepada modal negara? Kegagalan demi kegagalan semakin terserlah. Menyedari semua itu MAHFIRAUN telah menumpukan pembikinan projek mega sebagai simbol kemegahan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap segala kelemahan dan kepincangan pentadbirannya. Terciptalah KLCC yang menelan 10 billion sedangkan berita kepalsuan yang diterbitkan menyatakan belanja 2 billion sahaja. Terbinalah KLIA yang dikatakan tercanggih di dunia sedangkan ia tidak sehebat mana. Sesiapa yang pernah ke beberapa lapangan terbang di Amerka Syarikat akan dapat mengesan perbezaannya.

Dengan lain perkataan, MAHAFIRAUN telah menipu rakyat sekian lama dengan segala projek mega dan slogan yang berapi-api. Rakyat hanya mampu melopong melihat projek mega itu tanpa mampu mempersoalkan pembaziran yang berlaku.

Bayangkan harga tambang sebuah limousin daripada KLCC ke Kuala Lumpur sampai mencecah 250 Ringgit. Sedangkan kita boleh naik bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Singapura yang selesa dengan harga kurang dari 50 ringgit pergi dan balik. Bandingkan dengan harga teksi di lapangan terbang yang lain di negara maju. Anda mampu naik apa sahaja teksi yang sentiasa sedia ada tanpa sebarang keraguan. Kenapa ? Setiap teksi yang datang ke lapangan terbang diberi peluang untuk putar balik dengan penumpang yang mahu menggunakannya. Apa perlunya kita menyediakan teksi khas pada lapangan terbang sedangkan banyak teksi yang datang dari luar yang perlu pulang kosong sahaja? Jawapannya senang sahaja. Perkhidmatan teksi khas di lapangan terbang adalah satu perusahaan untuk para kroni sahaja. Tetapi, alasan yang diberikan ialah kita mahukan teksi yang canggih di pintu masuk negara kita. Inilah alasan untuk budak darjah satu sahaja. Di Roma kita boleh naik teksi Fiat 127, di Rio ataupun Sao Paolo kita boleh naik teksi Volkswagen dua pintu, di Paris kita boleh naik mini Citreon dan di Taipei kita boleh naik teksi yang persis Datsun 1000. Disebabkan perencanaan yang bertujuan untuk membuncitkan perut para kroni maka dibikin semuanya projek mega.

Begitulah perencanaan MAHAFIRAUN. Dia mengizinkan pembikinan projek mega semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah para kroni. Untuk mengabui mata rakyat dikatakanlah projek itu sebagai projek untuk masa depan negara.

Ramai orang mengatakan cara MAHAFIRAUN memerintah adalah persis Adolf Hitler. Saya fikir ini kurang tepat. Saya lebih yakin bahawa cara MAHAFIRAUN adalah lebih mirip seorang diktator Romania dulu yang bernama Nicole Caucesscu. Pada satu ketika di tahun tujuh puluhan, Romania menjadi sebuah negara yang kuat ekonominya, sehinggakan pengaruh agama sudah tidak berkepentingan lagi. Malahan inilah negara di Blok Komunis yang paling maju sekali sehinggakan diktator itu sanggup menggelar negaranya sebagai 'The American of the Comecon Block'. Apabila rancangannya gagal untuk betahan ia telah membuat pelbagai projek mega untuk mengabui mata rakyatnya. Ia menjadi bongkak dan sombong. Keangkuhan akhirnya menjerumuskan sebuah negara yang sungguh indah menjadi satu negara pengemis yang amat trajis sekali.

Diktator Romania itu telah menggunakan pasukan perisik yang amat ganas sekali untuk menindas rakyat. Dia telah menghancurkan negaranya dengan mencipta satu sistem pemerintahan yang akhirnya membesar menjadi satu raksaksa hitam yang menakutkan.

Inilah yang semakin berlaku di negara 'Malaysia Boleh' ini. MAHAFIRAUN mahukan rakyat mempercayainya sahaja. Walaupun pemilu akan berlansung tidak lama lagi dia sepatutnya menerangkan kepada rakyat apakah rancangannya untuk masa depan negara ini. Bukannya terus mengutuk Anwar Ibrahim lagi. Saya sendiri hairan kenapakah keluarga Anwar Ibrahim terutama sekali anak-anaknya tidak mengambil tindakan mahkamah untuk menegah MAHAFIRAUN daripada terus memfitnah Anwar. Malahan kenapakah Anwar tidak dibenarkan dalam tahanan rumahnya seperti yang diberikan kepada Soharto di Indonesia ataupun Shariff di Pakistan ?

MAHAFIRAUN bebas berkata-kata dan berbuat apa sahaja yang dia suka kerana pembangkang yang lemah baik dari luar parti mahupun dalam parti. Inilah kelemahan besar demokrasi negara ini. Apaibla MAHAFIRAUN berjaya memegang kuasa mutlak memerintah negara semuanya menjadi mangsa telunjuknya. Kerana itu sistem demokrasi Malaysia menjadi satu sistem laksana seekor harimau gila yang ditunggang oleh seorang diktator tua.

Ada satu pepatah lama Hindi yang berkata; seorang pemerintah yang zalim adalah laksana seorang yang menunggang harimau yang tidak akan berani turun daripada harimau itu. Inilah dilemma MAHFIRAUN sebenarnya. Dia tidak akan berani turun dari tunggangannya kerana akan dibaham juga.

Terpulanglah kepada rakyat yang cintakan negara untuk membunuh harimau tunggangan diktator tua itu.

- MT- 18.11.1999.

Last changed: November 18, 1999