ReformIS

[ Contents | Post ]

Pengesahan-Mahafiraun agen CIA dan Yahudi

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 22:08:02

Comments

Pengesahan-Mahafiraun agen CIA dan Yahudi

Kami ada membaca di ruang ini article yg bertajuk"Lagi bukti Mahafiraun agen CIA & Yahudi". Kami merupakan Jurutera2 yg masih berkerja kilang FPG Oleochemicals di Pelabuhan Kuantan Pahang. Iaitu kilang joint venture Felda dan (P&G) Proctor/Gamble. Di sini kami ingin membuat pengakuan bahawa memang betul penyelewengan, pembaziran duit yang melibatkan pihak Felda dalam pembinaan kilang tersebut. Tetapi oleh kerana orang yg boleh mengambil tindakan hanyalah Saudara Anwar yang telah terpenjara, maka kes tersebut di buat tak nampak oleh pihak Felda.

Sebagai bekas ahli UMNO kami pernah membuat perjumpaan dgn saudara Anwar Ibrahim dan beliau sanggup mengambil tindakan tetapi tindakan tersebut tidak sempat dibuat kerana saudara Anwar Ibrahim kita dipecat terlebih dahulu.

Buat masa ini pihak P&G berterusan memperkudakan dan menghisap darah Felda. Dalam perancangan CIA, mereka ingin menekan harga kelapa sawit kebawah paras yg serendah- rendahnya dengan menggalakan dan memberi bantuan duit kpd Philipine untuk menanam pokok kelapa sebanyak-banyaknya. Kerap kali juga kilang kami menggunakan minyak kelapa yg diimport dan memberhentikan penggunakan minyak sawit. Ini adalah perang saraf & perancangan jahat CIA untuk menekan Felda agar mengawasi harga sawit drp naik dan secara tidak langsung Felda akan menekan peneroka-peneroka.

Perisikan CIA dan Israel masih berjalan menggunakan kilang kami sebagai "base". Kilang kami periksa oleh pegawai tinggi Israel yg berpusat di New York. Agen Israel tersebut datang ke kilang kami untuk melihat sendiri adakah kilang tersebut lulus menurut piawaian mereka. Ini adalah bukti bahawa kerajaan BN merestui dasar hubungan dgn Israel dgn tiada apa2 tindakan yg dibuat.

Untuk mengelakkan rakyat Malaysia dari mengetahui bahawa M'sia mempunyai hubungan dagang dgn Israel, buat masa ini mereka berurusan dgn Israel America dahulu. Bilamana rakyat M'sia tidak lagi sensitive, dan tidak lagi bersuara,maka ianya seperti bom yg meletup, tiba-tiba aja urusan dagangan & ekonomi M'sia terus dipindahkan ke negara Haram Israel.

Ini adalah perancangan Mahafiraun yg dibuat dgn senyap-senyap. Mat salleh dikilang kami sanggup membayar berapa saja kpd wakil rakyat BN asalkan cita2 mereka tercapai dan memang sah mereka bergerak melalui kelab Rotary.

Saya sudah tak tahan dengan semua pekara jahat ini, saya mewakili jurutera2 dan pekerja2 kilang ini menyeru dan merayu rakyat Msia semua membuat perubahan dgn mengundi BA dan menolong harta rakyat daripada terus dihisap oleh puak laknatullah ini disamping menolong peneroka Felda dan kami yg ibarat "digantung tak bertali". Buat masa ini kebanyakan pekerja kilang kami semuanya dah jadi tikus sebab ramai pejuang JURUTERA "REFORMASI" telah dipaksa berhenti.

Undi kami semua untuk BA, hapuskan Dacing yg org tak pakai lagi

Ir.Noor & Ir. Kasbulatov

Last changed: November 18, 1999