ReformIS

[ Contents | Post ]

SISWA PULANG DAN BERI SOKONGAN

From:
Date: 18 Nov 1999
Time: 21:47:20

Comments

SISWA PULANG DAN BERI SOKONGAN

Masa yang ditunggu-tunggu sudah sampai. Islah yang dilaung-laungkan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Dataran Merdeka, Kg. Baru, Pasar Seni kini tiba kepada penentunya. Walaupun mungkin tiada kelayakan mengundi, sokongan dari para siswa amatlah memberi makna yang besar. Pulanglah ke kampung dan berkempen. Di kawasan bandar memang ramai yang celik, tetapi di kampung-kampung makcik-makcik sumber maklumatnya hanya melalui akhbar harian dan TV semata-mata - Ceramah alternatif diragui dan tidak dihadiri.

Di kawasan utara harapan nampaknya cerah untuk BA. Jadi bantulah rakan-rakan di selatan di Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Melaka - insya Allah, BA lebih berpeluang.

Pulang dan bantulah dengan niat kerana Allah semata-mata.

Buktikan sokongan anda semua sebelum ini. Di bandaraya tidak menjadi masalah. Tetapi di bandar-bandar kecil rakyat masih belum ditunjukkan gerakan dan laungan reformasi. Pada hari penamaan calon, berkumpul di pusat-pusat penamaan calon. Jadikan penyokong BA mendominasi penyokong-penyokong calon BN.

Berkumpullah dengan doa dan harapan agar makcik-makcik dilimpahi rahmat dan kesedaran.

Hadirlah bagi menunjukkan memang ada kesungguhan dari kita semua yang menuntut reformasi. Rela berkorban berbanding dengan guru-guru kemas yang terpaksa berkorban kerana diwajibkan hadir. Inilah peluang terbaik bagi perjuangan kita. Insya Allah.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Dulu UMNO sekarang PAS.

Last changed: November 18, 1999